Friday, February 25, 2011

Tips Penjimatan Petrol

Sekarang dengan harga petrol dunia yang kian meruncing dan harga petrol tempatan yang juga semakin hari semakin naik tentu ramai pengguna kenderaan yang risau kerana tak dapat memaksimumkan penggunaan dengan apa yang dibelanja. Banyak pengguna memikirkan bagaimana caranya untuk menjimatkan petrol supaya harga yang kita bayar boleh maksimumkan penggunaan itu.

Di sini ada beberapa tips bagaimana untuk menjimatkan penggunaan petrol tetapi ia bergantung kepada individu sendiri supaya berdisiplin. Antara tipsnya ialah:

Tips #1:
Isi petrol biarlah pada waktu pagi atau awal pagi atau ketika suhu sejuk kerana kita akan perolehi kuantiti petrol lebih banyak di waktu pagi atau ketika suhu sejuk. Jika diisi ketika waktu panas kita akan perolehi wap lebih dari kuantiti petrol yang dipam kerana waktu suhu panas ia cepat meruap.

Tips #2:
Isi petrol ketika tinggal separuh di dalam tangki. Petrol yang tinggal separuh dalam tangki akan mengurangkan kapasiti udara berbanding yang hampir kering.

Tips #3:
Jika isi petrol, isi penuh bukan mengikut nilai yang kita perlukan. Petrol yang diisi penuh akan lambat meruap daripada petrol yang tinggal sedikit dalam tangki kerana semasa kita bergerak kesan dari pemanasan suhu luar dan juga suhu kereta boleh menyebabkan petrol cepat meruap. Tak percaya cuba buka tangki pada waktu panas, kita akan dengar desiran wap yang keluar...

Tips #4:
Tekan nozel diminimum (perlahan-lahan) semasa mengisi petrol supaya petrol dapat masuk sepenuhnya dan memaksimum tangki dengan petrol sahaja. Jika kita tekan nozel sehingga takat maksimum, kebanyakkan yang masuk dalam tangki kita adalah wap tetapi meter tetap count macam biasa so rugilah kita.

Tips #5:
Jika berhenti menunggu seseorang cubalah matikan enjin kerana semasa enjin bekerja walaupun dalam keadaan ideal, petrol tetap flow macam biasa unless kita guna kereta jenis hybrid.

Tips #6:
Periksa tekanan angin dalam tayar kerana jika tekanan kurang geseran yang berlaku lagi hebat dan kesannya penggunaan petrol lagi kuat kerana perlu menarik berat kereta kita itu.

Tips #7:
Semasa memandu sila ikut spesifikasi kelajuan kereta untuk penjimatan petrol. Off course kalau kita laju petrol flow pun tentu laju juga... So jangan asyik tekan je, ikut peraturan jalan raya, jimat duit sebab tak perlu isi petrol banyak kali dan kena saman.

So ini ada beberapa tips bagaimana untuk memaksimum pengunaan petrol kita dan menjimatkan duit.

Renung-renungkanlah dan selamat mencuba....

18 comments:

  1. Salam,

    Saya baru beli Innova second-hand usia 3 tahun. Masalah sekarang confius nak pakai minyak Ron95 atau Ron97. Salesman cakap pakai Ron95 pun tak apa tapi kawan-kawan bagitau kereta 2.0 kena pakai Ron97.

    Mohon pandangan Innovarian sekalian.

    p/s: saya baru jumpa blog ni, lepas comfirm nak jd ahli.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Wasalam...sebenarnya isu minyak 95 @ 97 ada dibincangkan di discussion board FB kelab Innova malaysia...sila le berbincang di sana...TQ

    ReplyDelete
  3. Untuk mendapat tip2 (jika ada) bolehlah melayari blogspot ini... Bagi membincangkan perkara tertentu pihak admin telah menyediakan ruang di fb bagi semua ahli, walaubagaimanapun jika ingin berkongsi pendapat tentang tip2 yang diberi bolehlah dibincangkan di sini... tiada masalah... TQ...

    ReplyDelete
  4. Assalam.mcm mana nak join kelab innova ni.??

    ReplyDelete
  5. Salam.. ade tak owner innova yang tukar seat tengah Jadi 2 seat?

    ReplyDelete
  6. Salam.. ade tak owner innova yang tukar seat tengah Jadi 2 seat?

    ReplyDelete
  7. Salam.. ade tak owner innova yang tukar seat tengah Jadi 2 seat?

    ReplyDelete
  8. Assalam...camane cara nak jadi ahli kelab innova

    ReplyDelete
  9. Assalam...camane cara nak jadi ahli kelab innova

    ReplyDelete
  10. Assalam...camane cara nak jadi ahli kelab innova

    ReplyDelete
  11. Assalamuakaikum.. Macmmano nak jadi ahli innova

    ReplyDelete
  12. Saya pun ada kereta innova..baru setahun.. Apa polish tbaik tuk kereta ni.. Tuk ilangkn calar2 kecil kat kereta saya..

    ReplyDelete
  13. salam sehabat dan salam sajetera
    nk share pd abg2 kereta abg sy inova thn 2005 auto.meter semua fantion xidup ape adekah meter rosak.atau ade tempat ke yg boleh repair.tolong abg2 bg pendapat mcm mane nk buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meter tak function masalah ic kat dlm meter tu dah rosak.saya mengalami masalah yg sama.

      Delete
  14. Cuba buka belakang meter cari ic no: MB90587CA-145.ic ni yg bermasaalah.innova saya kalau terjemur panas baru ada funtion ok balik meter tu.dah puas cari ic online kat china dah filipine tak de stok.buat sementara saya pasang mentol kat belakang ic tsbt untuk panaskan.itupun saya guna bila nak gerak jauh.setakat ni ok lago.meter baru harga kaw2 bro.2k lebih

    ReplyDelete
  15. Play Online Slots from Relax Gaming - JtmHub
    Relax Gaming has 구리 출장마사지 taken 영주 출장안마 to the stage to bring you the latest 창원 출장샵 slot games and you can 울산광역 출장샵 play them for 제주도 출장안마 free right now! Click here to get started!

    ReplyDelete