Thursday, April 14, 2011

Kelab Pemilik Innova Malaysia diluluskan oleh ROS

Alhamdulillah... Setelah sekian lama menanti akhirnya Kelab Pemilik Innova Malaysia telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor pada 06.04.2011 dengan nombor pendaftaran 1807-11-SEL. Dengan kelulusan yang telah diberikan maka kelab ini akan dapat bergerak lebih ke hadapan dalam setiap aktiviti yang akan dianjurkan...

Walaubagaimanapun nama kelab ini telah ditukar daripada Kelab Innova Malaysia ke Kelab Pemilik Innova Malaysia kerana ia melambangkan ahli pemilik Innova bukan kenderaan itu sendiri... Kelab ini juga perlu mengembangkan sayapnya ke seluruh Malaysia bagi mendapatkan ahli yang lebih ramai...

Diharap semua pemilik Innova dapat menyertai kelab ini bagi memeriahkan lagi aktiviti yang akan dianjurkan... Marilah kita pemilik Innova bersama-sama menyertai kelab ini bagi merealisasikan impian pemilik Innova untuk bergerak seiring dengan kelab automotif yang lain dan merapatkan lagi sillaturahim antara pemilik kenderaan ini...

Adios amigos and senoritas...

No comments:

Post a Comment