Sunday, December 19, 2010

Konvoi Innovarian ke Port Dickson

Alhamdulillah, akhir konvoi Innovarian (Ahli Kelab Innova) berjalan dengan lancar... Kebanyakkan ahli kelab berkumpul di R&R Seremban seramai 9 buah Innova dan berkonvoi beramai-ramai ke dengan marshall ialah En. Shaiful dan sweeper ialah En. Rahim.

Setiba di Teluk Kemang pada pukul 10:00pg, semua ahli berkumpul di satu tempat yang ramai juga pengunjungnya iaitu laluan sebelah resort TM (tak tau nak describe macamana)... Di sana 2 lagi Innovarian datang dan join aktiviti Kelab Innova ini...

Thanks to En. Rahim kita yang telah banyak berkorban duit memberi sumbangan kepada hadiah aktiviti kanak-kanak dan lunch (KFC - fuyoooo... berbucket-bucket) serta makanan ringan untuk kanak-kanak. Selepas lunch aktiviti kanak-kanak bermula, di antara aktiviti itu ialah tiub belon samai pecah, cari gula-gula dalam tepung, isi air dalam cawan dan gigit gula-gula ke dalam cawan... Kanak-kanak begitu seronok begitu juga dengan ibubapa melihat gelagat anak-anak mereka.

Selepas aktiviti kanak-kanak adalah acara bebas iaitu mandi manda atau bercanda (hehehe...) Aktiviti ini ditamatkan awal pada pukul 4:00ptg disebab trafik sesak nanti...

Diharap pada masa akan datang lebih ramai lagi penyertaan dan memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti Kelab Innova Malaysia ini.

Saturday, December 18, 2010

Pendaftaran Ahli Kelab Innova Malaysia

Berikut adalah senarai ahli yang telah mendaftar pada 17.12.2010 beserta nombor keahliannya:
- 001 - Khairuddin Hj Osman (WTP7525 - Kajang)
- 002 - Shaiful Husni Abd. Rahman (WUA7774 - Puncak Jalil)
- 003 - Mohd Kamis Mohd Kasirun (WNN8900 - Sg. Buloh)
- 004 - Abdul Rahim Ghazali (WTW673 - Kuala Lumpur)
- 005 - Suhaimee Abd. Gani (WTQ5510 - Cheras)
- 008 - Mohd Shafiee Mohd Yusoff (WTS7074 - Kajang)
- 009 - Mohd Fairus Mohamed Thazalie (WNT6257 - Kuala Lumpur)
- 011 - Mohd Herda Fiza Jumali (WUH5236 - Putrajaya)
- 012 - Zaik Kamaruddin Mohamad (WUH5443 - Shah Alam)
- 013 - Noor Ahmad Tajilah Jamri (WUG3457 - Segambut)

Berikut adalah ahli yang mendaftar pada 19.12.2010:
- 006 - Zainal Azhar Omar Bakhi ( - Rawang)
- 014 - Sufaizi Ismail (WUJ2644 - Seri Kembangan)
- 015 - Kamilizan Jupri (MBW8387 - Melaka)
- 016 - Mohd Fidzal Mohd Dahalan (WPP2805 - Subang Jaya)
- 017 - Izanudin Ismail (WTD6253 - Tg. Malim)

Bagi no. 001 - 010 telah di reserved untuk AJK sahaja. Bagi pendaftaran ahli baru sila dapatkan borang anda di sini dengan menghantar email ke admin Innovarian >> Borang Keahlian MInC

Friday, December 10, 2010

Aktiviti Pertama Kelab Innova Malaysia

Satu aktiviti Kelab Innova Malaysia akan berlangsung tidak lama lagi, diharap semua ahli atau bukan ahli (bakal ahli-pemandu Innova) dapat menyertai aktiviti ini.. Aktiviti ini adalah aktiviti pertama dan butir-butir adalah seperti berikut:

Tempat : Port Dickson, Negeri Sembilan
Masa    : 9:00 am - 17:00 pm
Catatan :
Semua ahli atau bukan ahli tetapi pemandu Innova yang ingin menyertai boleh berkumpul di R&R Seremban pada pukul 9:00 am. Masa bergerak ke Port Dickson adalah lingkungan pukul 9:30 am - 9:45 am. Aktiviti ini adalah untuk mengeratkan persahabatan antara semua ahli kelab dan pemandu Innova Malaysia semua.
Sila beri jawapan sebelum 15.12.2010 melalui facebook - Kelab Innova Malaysia. Satu perjumpaan akan diadakan pada 17.12.2010 pukul 9:30 pm untuk membincangkan aktiviti tersebut.

AJK Kelab Innova Malaysia

Di bawah adalah senarai AJK bagi tahun 2010/2011 Kelab Innova Malaysia:
1) Pengerusi/Pengasas/Penasihat: Khairuddin Hj Osman (G-Dine JD)
2) Naib Pengerusi: Shaiful Husni Abd. Rahman
3) Setiausaha: Mohd Kamis Mohd Kasirun
4) Penolong Setiausaha: Abd Rahim Ghazali
5) Bendahari: Zainal Azhar
6) Penolong Bendahari: Suhaimi Abd Gani
7) AJK: Keselamatan: Ahmad Salihin Mulkan
             Pengangkutan: Shafiee Yusoff
            Acara/Aktiviti 1: Mohd Farus Thazalie 
            Acara/Aktiviti 2: Haszaidi Mat Aris

Diharap dengan lantikan AJK di atas maka Kelab Innova Malaysia ini dapat bergerak dengan lebih maju seiring dengan kelab-kelab automotif yang lain...

Thursday, December 9, 2010

Selamat Datang ke Laman Blog Kelab Innova Malaysia

Innovarian Malaysia semua,

Laman blog Kelab Innova Malaysia ini.. Di sini ahli kelab boleh mendapat maklumat tentang perkara yang berlangsung dalam Kelab Innova Malaysia di samping aktiviti-aktiviti kelab. Bagi sessi forum, ahli kelab bolehlah mengakses laman web facebook dengan membuat carian "Kelab Innova Malaysia".

Dengan wujudnya laman blog ini, maka diharap Kelab Innova Malaysia boleh bergerak maju ke hadapan setanding kelab-kelab yang lain dan mendapat sambutan yang menggalakkan tetapi ini memerlukan kerjasama semua Innovarian yang berada di Malaysia ini bagi menjayakan segala aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung.

Segala komen yang bernas dan membangunkan kelab kita dialu-alukan...