Sunday, December 19, 2010

Konvoi Innovarian ke Port Dickson

Alhamdulillah, akhir konvoi Innovarian (Ahli Kelab Innova) berjalan dengan lancar... Kebanyakkan ahli kelab berkumpul di R&R Seremban seramai 9 buah Innova dan berkonvoi beramai-ramai ke dengan marshall ialah En. Shaiful dan sweeper ialah En. Rahim.

Setiba di Teluk Kemang pada pukul 10:00pg, semua ahli berkumpul di satu tempat yang ramai juga pengunjungnya iaitu laluan sebelah resort TM (tak tau nak describe macamana)... Di sana 2 lagi Innovarian datang dan join aktiviti Kelab Innova ini...

Thanks to En. Rahim kita yang telah banyak berkorban duit memberi sumbangan kepada hadiah aktiviti kanak-kanak dan lunch (KFC - fuyoooo... berbucket-bucket) serta makanan ringan untuk kanak-kanak. Selepas lunch aktiviti kanak-kanak bermula, di antara aktiviti itu ialah tiub belon samai pecah, cari gula-gula dalam tepung, isi air dalam cawan dan gigit gula-gula ke dalam cawan... Kanak-kanak begitu seronok begitu juga dengan ibubapa melihat gelagat anak-anak mereka.

Selepas aktiviti kanak-kanak adalah acara bebas iaitu mandi manda atau bercanda (hehehe...) Aktiviti ini ditamatkan awal pada pukul 4:00ptg disebab trafik sesak nanti...

Diharap pada masa akan datang lebih ramai lagi penyertaan dan memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti Kelab Innova Malaysia ini.

No comments:

Post a Comment