Friday, February 18, 2011

Perkembangan Kelab Innova Malaysia dan sticker

Untuk pengetahuan Innovarian semua, permohonan penubuhan Kelab Innova Malaysia telah dihantar ke Bahagian Pertubuhan pada bulan Januari yang lepas. Prosesnya mengambil masa sekurang-kurangnya 4 bulan. Walaubagaimanapun ahli kelab yang telah mendaftar dan ingin mendaftar diri bolehlah berbuat demikian di facebook dan bagi ahli yang ingin mendapatkan sticker kelab, sila ikuti prosedur seperti yang dinyatakan di bawah.

Prosedur untuk mendapatkan sticker adalah seperti berikut:

1. Sila email ke innovarian@gmail.com email anda dan borang akan dihantar ke email anda.
2. Sila lengkapkan borang yang telah dihantar dengan terang (huruf cerai).
3. Kembalikan borang tersebut samada melalui email, pos atau faks: 03-87336712.
4. Sticker (belakang dan depan) dikenakan bayaran RM 10 dan kos penghantaran adalah RM 3.50 (berubah mengikut keadaan semasa dan akan diberitahu jika berlaku perubahan).
4. Masukkan duit pembayaran sticker ke:
    CIMB Bank: DDS Excellent Enterprise, Account no: 12160000512100
5. Setelah membuat bayaran sila hantar bukti pembayaran anda ke email or faks: 03-87336712.
6. Selepas bukti pembayaran telah diterima, sticker tersebut akan terus dihantar ke anda mengikut alamat yang dinyatakan di dalam borang pendaftaran.

Walaubagaimanapun yuran bagi Kelab Innova Malaysia adalah berasingan daripada bayaran sticker. Bayaran ini akan dipungut setelah pendaftaran kelab diluluskan sepenuhnya. Bayaran adalah seperti berikut: Yuran kemasukan RM 10 dan bulanan RM 1 (boleh dibayar bulanan dan tahunan). Ahli kelab akan diberitahu kemudian mengenai kutipan ini.

Untuk mengikuti aktiviti anjuran kelab, perbelanjaan kebiasaannya di bawah tanggungan sendiri atau sponsor (jika ada) kerana pihak kelab belum mempunyai dana yang mencukupi dan tidak ingin membebankan ahli-ahli yang tidak menyertai aktiviti...

Segala aktiviti akan diposkan di facebook atau di laman blog ini dari semasa ke semasa... Harap ahli kelab dapat update sentiasa...

Jika terdapat pertanyaan sila berurusan melalui email atau di facebook.

Hidup Innovarian...

6 comments:

  1. Daftar jommmmmmm....
    idup innovarian

    ReplyDelete
  2. cikgu dah daftar ke? Jika perlu borang sila email seperti yang dinyatakan...

    ReplyDelete
  3. utk pgtahuan tn admin...yuup dah reg...(003)

    ReplyDelete
  4. Jika nak berforum leh pegi ke fb, taip je kat search Kelab Innova Malaysia dan minta jadi ahli...

    ReplyDelete
  5. bagaimana cara untuk mendaftar sebagai ahli?

    ReplyDelete